Saturday 23 January 2010

BERANI KERANA TAHU






Kenapakah manusia berani?

Kerana dia tahu dan dia faham. Kalau dia tak tahu atau kurang faham maka dia tak akan jadi berani.

Hanya manusia yang bodoh yang berani tatkala ia belum faham dan tak tahu sepenuhnya.

Ramaikah manusia yang Bodoh-Berani ini?
Kalau ramai maka akan lingkuplah negara. Kerana ia bercakap dan bertindak pada apa yang dia tak tahu dan mencari sokongan kepada yang dia tak tahu dan tak faham. Kesudahannya bukan dia sendiri yang binasa tapi negara akan huru hara masyarakatnya.

Inilah di antara perkara yang disebutkan dalam taskirah pagi tadi.

Sekarang ini ramai juga manusia yang pandai bercakap memberi ulasan kepada perkara yang mereka tak tahu. Ceritanya pula masuk surat khabar pulatu. Bacalah surat khabar dan kita akan dapat perkara ini setiap hari.


Manusia yang betul2 berani akan hanya bercakap dan bertindak kepada apa yang dia tahu. Ia tidak akan memberi komen apa yang dia tak tahu.

Saya ada kawan yang berani pegang dawai letrik hidup sebab dia tahu dan dia faham. perangai aliran letrik yang ada pada dawai tersebut. Dia pernah berbuat demikian di depan saya semasa beliau menyambung bekalan letrik ke sebuah rumah.

Saya pernah juga melihat kakitangan TNB juga berbuat demikian di sebuah bangunan.

Selain itu hanya orang bodoh sahaja yang berani pegang dawai tersebut kerana akibatnya boleh membawa maut saperti berlaku kepada seorang guru di taman saya, yang sedang membaiki lampu kalimantang. Guru ini taklah bodoh tetapi tak teliti membuat kerja. Mungkin itu dah ajalnya.

Saya sudah tentu tak berani kerana saya bukan pakar letrik.

Pada tiorinya, kalau hendak memegang dawai hidup kita kena pakai kasut getah dan jangan pegang benda lain. Dengan lain perkataan jangan memberi ruang untuk arus letrik mengalir melalui tubuh kita. Kalau ada aliran letrik melalui tubuh kita maka kojollah kita.

Kecualilah jika aliran letrik tersebut rendah sahaja. Akibatnya mungkin kita akan mendapat kejutan letrik.

Itulah kita berani kerana kita tahu. Kalau tak tahu janganlah kita berani sangat sebab ianya mungkin akan mendatangkan mudarat.

Tapi segalanya tak susah bagi kita kerana ilmu dan punca ilmu ada di merata2. Carilah dan terokilah dan bila kita tahu kita akan yakin pada diri kita sendiri dan kita akan menjadi berani, InshaAllah.

Kerana hanya orang berani yang berjaya dan meninggalkan orang tak berani di belakang. Hanya orang berani sahaja yang tak mudah ditipu dan dimainkan oleh orang lain.

Taskirah pagi tadi juga mengatakan bahawa orang Islam di zaman Nabi Muhammad SAW yakin kepada Islam. Itulah sebabnya mereka berani mati kerana Islam. Mereka yakin jika mereka berperang dan mati mereka akan berjaya syahid. Kalau mereka menang perang mereka juga berjaya. Mereka yakin yang mereka tak akan gagal dan merasa keciwa.

Prinsip ini akan kekal bagi orang Islam tulin sehinggalah kiamat.

________________________________

Orang Islam akan sentiasa beruntung. Semua perbuatannya akan membawa untung jika betul cara dan niatnya. Belanja orang, untung. Makan belanja orang, untung. Tidor, untung. Bekerja, untung. DLL. Semuanya membawa untung. Maka rebutlah untung tersebut dengan menggunakan cara yang betul. Kalaulah caranya dan niatnya tak betul tak dapatlah untung tersebut. Maka tak dapatlah dividennya nanti.

Nak tahu lebih banyak lagi belajarlah kerana IlmuNya tak tertulis *.

* Maksudnya terlalu banyak meluas mendalam sehingga lautan pun tak cukup untuk menjadi dakwatnya.

No comments:

Post a Comment