Tuesday 9 February 2010

JANGAN CABAR ALLAH

PESANAN TOKKI DI KEPADA ANAK CUCUNYA:


Jangan Cabar Allah.

Ramai juga manusia yang suka mencabar Allah. Ini termasuklah umat yang mengaku dirinya berugama Islam. Ada yang berbuat demikian secara sedar dan ada juga yang membuatnya secara tak sedar tapi kesannya adalag sama saja.

Ada yang menyatakan yang ia akan memakai tudung apabila ia berkahwin dan suaminya menyuruhnya memakai tudung. Ini adalah salah satu cara manusia mencabar Allah.

Bukankah menutup aurat itu adalah wajib tanpa bersyarat? Ini pula ada manusia yang menentukan syarat untuk dirinya memakai tudung.

Perlulah di ingat bahawa Allah tak rugi sedikitpun jika manusia tak menurut peraturan atau perentahnya. Kalau ikut pun Allah tak akan dapat faedahnya. Yang akan rugi atau mendapat faedah ialah manusia itu sendiri.

Yang menurut perintah Allah akan dapat pahalanya atau rahmatNya dan yang tak ikut akan mendapat dosa dan balasan buruknya. Tapi ramai juga manusia yang masih tak mahu menurut perentah Allah dan menjauhi laranganNya. Malang sekali bagi mereka.

Allah boleh bertindak balas atas cabaran manusia, jika Dia mahu. Itu adalah pilihanNya. Yang tak ada pilihan ialah manusia kerana manusia adalah hambaNya. Kalau manusia memilih mengikut arahan Allah dialah yang akan beruntung. Sebaliknya jika manusia menentang arahan kehendak Allah dapatlah padahnya nanti, yakinlah.

Janganlah manusia menguji Allah. Biarlah Allah yang menguji kita!


Petikan Radio IKIM



No comments:

Post a Comment